Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelab Malaysiaku Gua Musang ke Parlimen Suntik Semangat Cinta Negara

By 10 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz/Muhamad Amirul Faisal (Gua Musang)

GUA MUSANG, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 40 peserta termasuk guru pengiring Kelab Malaysiaku dari tujuh buah sekolah di daerah ini diberi pendedahan amat bermakna melalui Program Lawatan Sambil Belajar dan Peluang Kerjaya ke Parlimen Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Syahbuddin Hashim, dalam ucapan pelepasannya kelmarin, berkata program seumpama ini amat bagus dan perlu diadakan setiap tahun untuk membantu pelajar menerima pendedahan awal tentang persidangan Parlimen Malaysia.

“Pada masa yang sama memberi suntikan semangat, rasa taat dan cintakan negara sambil memberi pendedahan fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang dan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang sebagai penganjur yang bertungkus lumus mengatur persediaan menjayakan lawatan ini dan turut memberi sumbangan makan tengahari kepada pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan ini,” katanya.

Guru pengiring Abdul Jabbar Abdul Rahim, berkata program lawatan sambil belajar dan kerjaya ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman baharu serta menambah pengetahuan cara pembelajaran di university dan menerapkan nilai-nilai murni yang tidak diperolehi melalui pembelajaran di dalam kelas.

“Ini akan membantu menarik minat pelajar menceburi bidang ketenteraan dan kerjaya profesional pada masa akan datang.

“Pelajar juga dapat memperluaskan rangkaian sosial serta bertukar-tukar pendapat dan berpeluang berinteraksi dengan ahli-ahli akademik, kadet-kadet tentera yang profesional dalam bidangnya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda