Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kerajaan Cari Langkah Terbaik Selesaikan Isu Air Labuan Melalui Peruntukan Belanjawan 2024

By 18 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan sedang mencari langkah terbaik dan segera untuk mengatasi masalah bekalan air di Labuan melalui peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan Madani 2024.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali kerajaan mengambil perhatian terhadap rungutan penduduk Labuan berkaitan isu bekalan air dan elektrik yang  tidak stabil.

“Perdana Menteri sudah meluluskan peruntukan tambahan yang besar untuk Labuan cuma isunya bagaimana kita gunakan peruntukan itu dengan cepat kerana isu bekalan air ini kita tidak boleh tunggu sehingga kritikal.

“Saya lihat agensi dan kementerian berkaitan sudah ada jalan penyelesaian cuma prosesnya mengambil sedikit masa untuk pastikan masalah itu tidak berulang sekaligus mengembalikan Labuan kepada keadaan yang asal,” katanya yang turut memberi bayangan bahawa Perdana Menteri akan membuat lawatan ke Labuan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian kepada media semasa meninjau Terminal Tangki Simpanan iaitu Projek Penggantian Paip Pumping Pulau Enoe dan Stesen Janakuasa Elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda