Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Suntikan Semangat Pulihkan Ketagihan Dadah

By 18 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin/AADK

AMPANG, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyarankan agar masyarakat perlu bersikap ‘menjaga tepi kain’ dan ia bukan sesuatu perbuatan yang negatif pada masa kini bagi mengatasi permasalahan dadah yang semakin menular dalam masyarakat.

“Golongan entiti sokong bantu ini seperti keluarga klien, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan sangat memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat yang hampir hilang dalam diri klien-klien kita”, katanya.

Sehubungan itu, Shamsul menyeru kepada semua yang hadir untuk memainkan peranan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat bagi menghapuskan stigma negatif terhadap mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Tema ‘Ketelusan Dan Ihsan Demi Kepulihan Madani’ diangkat pada tahun ini adalah selari dengan salah satu elemen dalam Gagasan Malaysia Madani yang menekankan belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Program Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan 2023, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon.

Program ini melibatkan 360 orang peserta merangkumi kumpulan sistem sokongan AADK seluruh negara. Ini merupakan inisiatif dan penghargaan AADK terhadap semua nadi penggerak yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan pemulihan dadah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda