Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Menu Berasaskan Ayam Didapati Tiada Kenaikan Harga

By 8 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Tinjauan krew Malaysia Aktif di di sini hari ini mendapati menu masakan ayam di beberapa buah kedai masih dijual pada harga yang sama seperti sebelum 1 November lalu.

Sebelum ini kerajaan telah menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula pada tarikh tersebut,

Pengusaha kedai Selera Terengganu Wan Norini Wan Wook, 49, berkata sehingga kini beliau masih menjual seketul ayam pada harga yang sama mengikut saiz iaitu RM3.00.

Seorang lagi peniaga nasi kandar Abdul Khalud Muhammad Ghani, 43, berkata pihaknya mengekalkan harga lama.

“Alhamdulillah kami mendapat bekalan ayam dengan mudah.

“Seketul ayam mengikut saiz dijual antara RM5.00 hingga RM6.50 sahaja,” ujarnya yang berpengalaman berniaga makanan selama 20 tahun.

“Saya berharap tiada kesan buruk jangka panjang bagi harga ayam terutama bagi kami pengusaha-pengusaha makanan secara kecil-kecilan ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda