Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Peniaga Diingatkan Tidak Ambil Kesempatan Penurunan Harga Ayam

By 11 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap penurunan harga ayam.

“Setakat pemantauan di beberapa lokasi yang dilaksanakan di seluruh negara mendapati harga ayam telah turun semenjak langkah kerajaan mengapungkan harga ayam bermula 1 November lalu.

“Namun adalah diingatkan kepada para peniaga agar tidak mengambil kesempatan atas penurunan harga ayam ini,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh, berkata demikian ketian turun padang membuat tinjauan pematuhan harga di Pasar Besar, Kuantan dan Pasaraya Lotus’s Indera Mahkota, di sini semalam.

SHMMP Deepavali 2023 berkuat kuasa selama tujuh hari bermula 9 hingga 15 November bagi lapan barangan keperluan terpilih iaitu bawang merah besar import, bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal (australia), kelapa biji (*harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (*harga maksimum di peringkat runcit sahaja) dan tomato.

Menurut Fuziah lagi,  kenaikan harga barang adalah disebabkan pelbagai faktor misalnya cuaca, banjir dan sebagainya.

“Sekiranya terdapat kenaikan harga yang terlalu tinggi pengguna boleh membuat aduan kepada pihak penguat kuasa kementerian,” katanya.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang Jezlily Jamaluddin serta Pegawai-pegawai kanan kementerian tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda