Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Gerai Burger Tepi Jalan Masih ‘Meriah’

By 11 November 2023November 12th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Burger yang dijual di gerai-gerai tepi jalan masih ‘meriah’ dan mendapat sambutan daripada peminat makan segera itu.

Menurut Mumtaz Balqish Zulkifli Muhammad, 26 yang mewarisi perniagaan menjual daripada ibunya yang telah bermula sejak 13 tahun dahulu, permintaan terhadap burger yang dijual sentiasa mendapat sambutan.

Bagi Nuriffah Helmi, 22, seorang graduan lulusan dalam bidang kulinari yang mempunyai minat dalam masakan kini mewarisi perniagaan burger ayahnya yang telah bermula pada tahun 1987 lagi.

“Pada masa itu, ayah berniaga sambilan bagi menampung keluarga”, ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini..

Perniagaan Family Burger yang saya warisi ini, mampu menerima tempahan sehingga 100 biji burger sehari dan sentiasa ada pelanggan tetap dan baru.

Gerai burger tepi jalan mempunyai pelbagai jenis daging selain daging ayam dan lembu, kini turut mempunyai daging kambing dan kerbau yang mula mendapat sambutan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda