
Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Menjelang ketibaan Hari Deepavali, penganut agama Hindu tidak melepaskan peluang untuk membuat persiapan akhir menyambut perayaan itu.
Kemeriahan sambutan Deepavali kian terasa apabila orang ramai mengambil kesempatan membeli pelbagai barang keperluan bagi perayaan di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Keluarga saya telah berniaga di kawasan Masjid India selama 30 tahun dan saya merupakan generasi ketiga dengan menggunakan resepi dari turun temurun,” kata Pengerusi Persatuan Indra Kasih Penjaja Kecil dan Peniaga Maruku, M. SundrarajMarieppan, 67, di sini semalam.
“Jualan untuk tahun ini berjalan lancar walaupun tidak semeriah tahun sebelumnya, mungkin pembeli membeli secara berhemah,” demikian kata peniaga hiasan rumah, I.Suguna Devi, 40.
-ZS-