Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Persiapan Menjelang Deepavali

By 11 November 2023November 12th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Menjelang ketibaan Hari Deepavali, penganut agama Hindu tidak melepaskan peluang untuk membuat persiapan akhir menyambut perayaan itu.

Kemeriahan sambutan Deepavali kian terasa apabila orang ramai mengambil kesempatan membeli pelbagai barang keperluan bagi perayaan di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

“Keluarga saya telah berniaga di kawasan Masjid India selama 30 tahun dan saya merupakan generasi ketiga dengan menggunakan resepi dari turun temurun,” kata Pengerusi Persatuan Indra Kasih Penjaja Kecil dan Peniaga Maruku, M. SundrarajMarieppan, 67, di sini semalam.

“Jualan untuk tahun ini berjalan lancar walaupun tidak semeriah tahun sebelumnya,  mungkin pembeli membeli secara berhemah,” demikian kata peniaga hiasan rumah, I.Suguna Devi, 40.

-ZS-

Tinggalkan komen anda