Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#AntiScam: Klik @ Scan QR Hanya Melalui Sumber yang Diyakini

By 3 Disember 2023Disember 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

PAUH, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Modus Operandi Jenayah Scam sentiasa berubah dan mudah memperdaya masyarakat.

“Masyarakat perlu elak sikap ingin tahu dan jangan terus tekan apa-apa pautan atau scan (imbas) QR yang bukan daripada sumber dipercayai,” ujar Ketua Bahagian Perkhidmatan Responsif, Cyber Security Malaysia Mohd Zabri Adil Talib.

“Sebaiknya elak terus daripada tekan pautan dan juga imbas QR yang tidak dapat disahkan sumbernya bagi mengekang sebarang aktiviti ‘scammer’ (penipu) yang kini semakin berleluasa. Ini kerana apabila telah berlaku sebarang jenayah digital ini, ia mengambil masa untuk siasatan dilakukan”, ujarnya lagi ketika sesi dialog awam, di sini semalam.

Antara trend penipu yang terkini adalah memberikan pautan untuk ditekan atau diberikan kod QR untuk diimbas.

Program Town Hall Jenayah Penipuan di Era Digital ini telah berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, di sini semalam dan telah dihadiri oleh pelbagai wakil-wakil  komuniti dan juga pelajar-pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda