Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat WPKL

By 3 Disember 2023Disember 5th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Parameswary Lekshmnan

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKN WPKLP) akan terus memantapkan pelaksanaan program pecegahan, kawalan, rawatan serta jagaan HIV/AIDS.

Pengarah Kesihatan Negeri WPKLP Dr. Nor’Aishah Abu Bakar, berkata sambutan hari AIDS Sedunia akan disambut setiap 1 Disember adalah bertujuan menunjukkan soladariti tehadap mereka yang hidup dengan HIV.

“Kes pertama berlaku di Malaysia pada 1986, dan bilangan kes baharu HIV tertinggi tahun 2002 iaitu hampir tujuh ribu kes dan pada tahun 2022, kes baharu HIV telah menurun sebanyak 65 peratus.

“Namun apa yang membimbangkan pada tahun 2022, lapan dari 10 kes terbaharu HIV terdiri daripada golongan muda di antara umur 20-39 tahun”.

Tambahnya, perkara ini perlu diteliti dan memikirkan inisiatif baharu dalam membendung AIDS sehingga ia tidak lagi menjadi isu kesihatan awam menjelang 2030.

“Tanggungjawab bersama daripada keluarga, pihak sekolah, institusi pendidikan, institusi agama, jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam masyarakat berkaitan HIV/ AIDS,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat WPKL&P 2023 bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda