Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Mesin Isian Semula Membantu Memelihara Alam Sekitar

By 20 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Mesin layan diri isian semula (detergen cecair) yang pertama di negeri Perlis mampu menyahut slogan ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ Jabatan Alam Sekitar.

Menurut seorang pesara yang juga pengguna mesin isi semula tersebut Yuhaniah Yusoff, 63, dari Kampung Salang, di sini mesin layan diri ini mampu membantu pengguna mengurangkan plastik atau memelihara alam sekitar kerana kita perlu membawa bekas sendiri untuk mengisi semula detergen cecair.

“Pengguna mesin ini juga perlu bersikap mengambil tanggungjawab bersama-sama menjaga alam sekitar.

“Dengan adanya mesin isian semula ini, makcik melihat kita hanya perlu membawa bekas sendiri dan secara tidak langsung pembuangan sampah terutama daripada plastik dapat dikurangkan,” ujarnya lagi ketika ditemui di lokasi mesin tersebut di Taman Firdaus.

Mesin layan diri yang beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga solar ini dilihat antara kaedah yang mampu memelihara alam sekitar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda