Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorVideo

117,000 Telah Mendaftar Sistem PADU di Selangor

By 4 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Norshazila Ahmad/Syafiq Saleh (Selangor) 

SHAH ALAM, 4 Jan (MalaysiaAktif) – Seramai 117,000 rakyat Selangor telah berjaya mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam tempoh tiga hari peluncurannya.

Menurut Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Hartini Yaacob, 10 kaunter fizikal PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari sehingga 8 Januari di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh daerah Selangor dan di lobi Bangunan Darul Ehsan Selangor.

“Menjelang Mac pula akan dibuka lebih 50 kaunter pendaftaran sistem PADU di PEDi bagi membantu orang ramai mengemaskini maklumat di dalam sistem tersebut” jelasnya.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Selangor, Normaizatulakmal Tujad, pihaknya menyokong sepenuhnya inisiatif sistem PADU dan akan membantu mempromosikan melalui semua platform komunikasi asset jabatan serta menggerakkan hebahan Info on Wheels (IOW) ke semua daerah di Selangor.

“Japen Selangor juga mengalu-alukan agar sembilan (9) Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di seluruh Selangor dijadikan lokasi pembukaan kaunter termasuklah PMR yang bertempat di UTC Shah Alam” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda