Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPahang

Agong Titah Kerajaan Percepatkan Projek Tebatan Banjir

By 12 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Haimi Hariss (Pekan)

PEKAN, 12 Jan (MalaysiaAktif) – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya kerajaan harus mempercepatkan projek tebatan banjir yang telah dirangka di seluruh negeri Pahang.

Demikian titah Baginda ketika berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Felda Semak Bakti Felda Chini 1, semalam.

Baginda juga menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa banjir dan berharap agar mangsa banjir ini dapat kembali ke rumah secepat mungkin serta berharap agar semua rakyat menjaga kesihatan kerana bilangn kes COVID-19 masih tinggi.

“Saya turut rasa simpati kepada mangsa lemas Muhammad Adhwa Haslan yang lemas akibat tergelincir dalam parit semasa perjalanan pulang dari tempat kerja di ladang YP Plantations, Sungai Bebar Utara, Nenasi pada 8 Januari lalu,” titah Baginda lagi.

Baginda Tuanku juga berkenan untuk menyantuni serta menyampaikan kurniaan kepada waris mangsa lemas dan 13 orang mangsa banjir.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda