Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

DOSM Negeri Sembilan Turun Padang Menjayakan Pendaftaran PADU

By 9 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Khairul Othman

JELEBU, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Pendaftaran dan pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU) anjuran Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 106 orang hadir bagi tujuan tersebut.

Pembukaan kaunter fizikal yang mula beroperasi sejak 2 Januari lalu sehingga hari ini telah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat.

Pegawai dari Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan Wan Ibrahin Wan Ishak, berkata sebanyak 19 kaunter fizikal dibuka bagi Fasa 1 di PEDi yang dikenal pasti mengikut jadual bagi bulan Januari.

“Bagi daerah Jelebu, pembukaan kaunter fizikal di PEDi FELDA Pasoh 1, PEDi FELDA Pasoh 4, PEDi FELDA Titi dan PEDi Kampung Seperi akan dibuka mulai 9 sehingga 13 Januari ini.

Menurut Rosman Mohamad Tahir, 65, berkata beliau hadir pada hari ini bagi pendaftaran PADU setelah mendapat maklumat daripada rakan-rakan beliau di surau berdekatan kediamannya.

“Pembukaan kaunter fizikal sebegini sangat membantu masyarakat terutamanya warga emas dan orang awam yang tinggal di kawasan-kawasan yang mengalami capaian internet yang lemah dalam urusan pendaftaran PADU,” katanya ketika ditemui di PEDi Kuala Klawang, di sini semalam.

Tambahnya, orang awam tidak perlu risau mengenai tahap kerahsiaan maklumat yang dikemas kini dan seharusnya memberi maklumat yang sahih dan benar sahaja semasa urusan pendaftaran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda