Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurMAPutrajayaTrending

Kerajaan Lancar AI Untuk Rakyat, Sasar 1 Juta Pengguna Tahun Ini

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hisham Salleh/Kem. Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kerajaan telah melancarkan AI untuk Rakyat, satu program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI).

Program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Universiti Putra Malaysia, semalam, merupakan satu kerjasama di antara kerajaan dan Intel Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan komited dalam melaksanakan transformasi digital negara dan ingin memastikan rakyat menjadi celik digital serta celik kecerdasan buatan.

“Kita tidak ada pilihan selain memastikan rakyat menyedari sepenuhnya apa yang saya sebut sebagai celik digital dan celik AI,” katanya.

Datuk Seri Anwar turut menyasarkan satu juta rakyat Malaysia menggunakan program tersebut tahun ini.

AI untuk Rakyat tersedia dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, dan Mandarin. Ia boleh dicapai melalui portal www.ai.gov.my. Program ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu AI Aware dan AI Appreciate.

AI Aware bertujuan bagi memperkenalkan dan membincangkan kes-kes penggunaan AI serta memperjelas kekeliruan umum mengenai AI.

Manakala, AI Appreciate mengupas lebih lanjut tentang aplikasi dan impak AI merentas industri serta menyasarkan mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan tentang AI.

-HS-

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda