Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Komuniti Madani Agih Bantuan kepada Mangsa Banjir di Kuala Nerus

By 10 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Komuniti Madani diwujudkan sebagai usaha menjadi penghubung di antara pihak kerajaan dan rakyat khususnya dalam penyaluran maklumat mengenai dasar serta aduan sebarang permasalahan.

Penubuhan Komuniti Madani berfungsi sebagai badan sukarela pelbagai kaum bagi memupuk nilai-nilai murni secara langsung telah membantu kerajaan untuk memastikan segala bantuan dan peruntukan dapat disampaikan kepada golongan sasar yang memerlukan.

Ketua Komuniti Madani Kampung Gong Kijang, Bukit Tunggal, Mohd Sukri Nawi, 47, berkata kewujudan Komuniti Madani di kampung ini dapat memupuk semangat saling membantu antara masyarakat kejiranan setempat dalam mengenal pasti permasalahan, aduan dan mencari titik penyelesaian bersama dalam komuniti.

“Ahli Jawatankuasa bersama-sama penduduk kampung sentiasa peka dalam membantu penduduk seperti mengagihkan bantuan makanan asas kepada isi rumah yang terkesan dengan banjir pada bulan lalu,” katanya ketika menyampaikan sumbangan, di sini semalam.

“Komuniti Madani ini menjadikan satu sumber penyaluran maklumat lebih pantas selain mengelakkan berlakunya keciciran. Sebaik mendapat maklumat berkaitan isi rumah yang terlibat banjir, kami terus tanpa berlengah menyalurkan makanan asas kepada mangsa yang terlibat,” katanya.

Organisasi Komuniti Madani terdiri daripada pelantikan pengerusi dan ahli jawatankuasa yang layak untuk memegang jawatan berkaitan dan di tubuhkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri dan dibawah Jabatan Penerangan (JaPen).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda