Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Marang Buka Tirai Majlis Tilawah Al-Quran

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizah Rahim (Marang)/Pejabat Daerah dan Tanah Marang

MARANG, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Marang 1445H/2024M telah berlangsung di Masjid Kampung Sentul Patah, di sini semalam.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah sebelum atur cara dimulakan dengan penyertaan seramai lapan peserta melibatkan empat qari dan empat qariah telah memperdengarkan bacaan alunan ayat-ayat suci al-Quran secara taranum.

“Program ini menjadi tradisi tahunan bertujuan untuk memilih qari dan qariah yang berupaya menguasai bacaan dengan baik.

“Seterusnya memberi khidmat kepada masyarakat dalam menguasai bacaan terutamanya kepada generasi muda selain menanam rasa cinta terhadap bacaan al- Quran,” kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Haji Mohd Nor Hamzah ketika berucap merasmikan majlis.

Wan Amirul Syamni Wan Rosli, 36, dan Nur Afifah Zaki, 25, berjaya mempertahankan kejuaraan mereka apabila sekali lagi muncul sebagai Johan Qari dan Johan Qariah.

Mereka akan mewakili Daerah Marang di Majlis Tilawah Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di Dewan Jubli Perak di Daerah Kuala Nerus pada hujung bulan Februari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda