Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kaunter PADU di PEDi Beris Kubor Besar Terima Sambutan Baik Komuniti

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Md Zin/Shahrir Mohd Nor

BACHOK, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Pembukaan kaunter fizikal PADU pada hari pertama di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Beris Kubor Besar, di sini oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Kelantan menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih dari 100 individu daripada komuniti setempat.

Pengarah DOSM Negeri Kelantan Fareza Mohamed Sani, berkata pembukaan kaunter fizikal ini menerima kunjungan meriah dari masyarakat untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka di dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

“Seramai lapan orang pegawai DOSM Negeri Kelantan telah ditugaskan untuk bergerak secara berjadual bagi membantu komuniti di sekitar daerah Bachok.

“Wakil DOSM akan berada di PEDi Beris Kubor Besar selama dua hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan PEDi ini merupakan pusat kelima yang dihadiri selepas PEDi Melawi, Kandis, Jelawat dan Gunong,” katanya semalam.

Katanya lagi, Pegawai DOSM Negeri Kelantan sedia membantu secara terus sehingga esok petang (hari ini) di PEDi tersebut sekiranya terdapat sebarang masalah semasa mengisi atau mengemas kini.

Menurut komuniti setempat, Nur Irawani Sukardi, 27, sistem PADU sangat mudah untuk dikemas kini dan merupakan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar yang lebih berkesan dan menyeluruh.

“Saya telah selesai mengisi PADU dan prosesnya sangat mudah dengan bantuan dari pegawai DOSM Negeri Kelantan.

“Saya tidak mahu ketinggalan dalam menerima subsidi bersasar dan bantuan di masa hadapan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda