Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sesi Jelajah PADU Jadi Tumpuan Orang Ramai

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Mahathir Abu Hassan (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Orang ramai mengambil kesempatan untuk mengisi maklumat dalam Pangkalan Data Utama PADU di UTC Sungai Petani yang di kendalikan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang dan Sidam dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Cawangan Sungai Petani, hari ini.

Menurut Ashothan Rajandren, 60, beliau datang seawal pukul 7.30 pagi untuk mendaftar dalam sistem PADU dan amat gembira dengan kemudahan yang di sediakan di sini memandangkan beliau adalah seorang yang buta huruf.

“Saya berpendapat bahawa PADU ini dapat membantu orang ramai untuk mengelakkan keciciran bantuan dan subsidi bersasar daripada kerajaan.

Sementara itu, ADUN Bakar Arang Adam Loh Wei Chai, menyeru dan mengesa orang ramai agar segera mendaftar dalam sistem PADU memandangkan pelbagai manfaat yang bakal diperolehi daripada kerajaan untuk rakyat.

“Sambutan yang diterima sangat baik dan kita akan memperluaskan lagi program sebegini terutama di kawasan pedalaman dan kawasan tumpuan orang ramai,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda