
Laporan/foto: Ismael Idris/Muhammad Taufiq
MERLIMAU, 17 JAN 2024 (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir semalam mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Merlimau (PMM) sekali gus menyempurnakan simbolik sambutan 20 tahun penubuhan politeknik tersebut.
Menurut Dr. Zambry, politeknik bukan lagi pilihan kedua, ketiga atau terakhir tetapi kini menjadi antara destinasi ilmu yang melahirkan ramai graduan terjamin kerjayanya.
“Saya menyeru agar PMM terus konsisten mempergiat hubungan kerjasama dua hala antara pemegang taruh termasuk kerajaan negeri Melaka sendiri dan pemain industri bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang berkualiti.
“Secara tidak langsung usaha ini dilihat mampu mengarusperdanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memastikan negara memiliki lebih ramai generasi muda berkemahiran tinggi,” ujarnya.
-ZS-