Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerjasama Tiga Agensi Menjayakan Pendaftaran PADU

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Shamsul Bahari Abdul Shukor (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Jabatan Perangkaan Pulau Pinang dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pulau Pinang berganding bahu mengumpulkan profil warganegara dan pemastautin tetap Malaysia melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU), di sini pada Isnin lalu.

Jabatan Penerangan menerusi program Info on Wheels mengajak orang ramai sekitar Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk bersama-sama mendaftar di dalam PADU.

Aktiviti ini turut disertai oleh Pengarah Penerangan Pulau Pinang Sabri Said dan Pengarah Perangkaan Pulau Pinang Khairolnizam Hassan.

RTM Pulau Pinang turut membantu dalam membuat promosi dan hebahan menerusi Radio Mutiara FM.

Menurut Khairolnizam Hassan, pihaknya amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Pulau Pinang dan RTM di atas kerjasama yang diberikan.

“Kita turut merancang beberapa siri lawatan untuk turun ke akar umbi antaranya mengadakan program dan pertemuan bersama-sama masjid serta komuniti bagi menjayakan misi ke arah 100 peratus pendaftaran sistem PADU ini tercapai.

“Dengan ini aspirasi kerajaan dalam menyalurkan subsidi secara lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat,” ujarnya yang ditemui di PEDi Tasek Gelugor.

Jabatan Perangkaan telah menempatkan pegawainya di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh negeri bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan untuk memudahkan proses pendaftaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda