Skip to main content
Berita SelatanBerita Tempatan

Tempat Letak Kereta Sementara Atasi Kesesakan di HSA

By 7 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Naufal (Pejabat Daerah Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Kepadatan tempat letak kereta
sedia ada di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan diatasi segera dengan menyediakan kawasan sementara bagi memudahkan urusan pelawat di hospital.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kawasan tempat letak kereta sementara berkeluasan enam ekar itu memuatkan sebanyak 173 buah kenderaan bagi mengatasi kepadatan di HSA.

“Untuk fasa pertama ini akan siap pada bulan ini dan fasa kedua bakal dilaksanakan di kawasan sekitarnya dengan kapasiti tempat letak kereta sebanyak 200 kenderaan sekiranya fasa pertama ini mendapat sambutan oleh orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Inisiatif Johor Bersih yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas telah banyak memberikan kesedaran kepada Bangsa Johor berkenaan penjagaan kebersihan.

“Masyarakat dialu-alukan untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa jika sekiranya ternampak aktiviti pembuangan sampah merata dan sebagainya,” katanya pada sidang media sempena Program Johor Bersih @ Pantai Lido dan Pecah Tanah Parkir Sementara HSA, semalam.

Turut hadir Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd. Noorazam Datuk Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri Datuk Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Pegawai Daerah Johor Bahru Tuan Haji Muzaldin Mohamed, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta para peserta program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda