Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Ketiga Tertinggi Pengemaskinian PADU

By 7 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Perak menjadi negeri ketiga tertinggi mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mula dilancarkan pada Selasa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Mohd Azlan Helmi Helmi, seramai 45,655 penduduk telah mengemas kini data ini sehingga Khamis lalu.

“Kita sentiasa bersedia untuk bersama-sama agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta beberapa agensi lain di bawah portfolio sama untuk merancakkan lagi kempen pengemaskinian data menerusi sistem PADU.

“Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri ini untuk segera mengemas kini data di sistem PADU dan mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sekiranya tidak dapat mengisi data dengan cekap,” katanya ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu 8, Tambun, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, sebanyak 70 buah PEDi di seluruh Perak akan menyediakan khidmat penggunaan komputer berserta kemudahan internet bagi memudahkan urusan tersebut.

“Para pegawai dari Jabatan Perangkaan akan turut berada di PEDi bagi memudahkan cara urusan pengemaskinian data di sistem PADU.

“Saya juga ingin mengingatkan agar rakyat berhati-hati dengan ‘scammers’ (penipu) yang mungkin mengambil kesempatan untuk menipu mangsa. Segera dapatkan kepastian daripada agensi kerajaan yang bertanggungjawab sekiranya berasa sangsi dan ragu,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda