Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Terima Kasih Orang Baik!

By 15 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga, antara bidalan yang sesuai ditujukan kepada anak pemilik perniagaan kedai makan Nasi Kandar Malabari, Noor Szman Noor, 32, kerana membantu menyediakan ruang niaga di Kedai makannya tanpa dikenakan bayaran sewa kepada seorang pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU), Muhamad Nur Syafiq Mustaffa, 32.

Muhamad Nur Syafiq kini mula berjinak-jinak berniaga secara kecil-kecilan setelah tempat bekerja lamanya, mengurangkan hari bekerja hanya kepada beberapa hari dalam seminggu.

Menurut Mustaffa Ibrahim, 69, ayah kepada pemilik gerai ini, beliau ingin anaknya terus berdikari seperti sebelum ini, setelah tempat kerja lamanya mengurangkan hari bekerja.

“Anak saya Muhamad Nur Syafiq telah berusaha mencari kerja am di merata tempat lain yang mampu dilakukan olehnya, namun gagal,” katanya.

Akhirnya Noor Azman  memberikan jalan kepada Muhamad Nur Syafiq untuk berniaga secara kecil-kecilan di kedai makan milik keuarganya tanpa dikenakan sewa.

Menurut Mustafa anaknya meruoakan pemegang kad OKU kategori lemah dalam pembelajaran.

“Apabila pemilik kedai sedia memberi ruang niaga tanpa sewa kepada anak lembam seperti anak saya ini untuk terus belajar berdikari, saya ucapkan terima kasih tak terhingga”, ujarnya.

Katanya lagi, jualan barang niaga seperti produk buatan tempatan yang dijual anaknya iaitu Jus Durian Belanda tanpa pengawet ini, diperolehi oleh beliau sendiri dan diletakkan dalam balang berisi ais ketika anaknya menjual dan walaupun baru berniaga beberapa hari, 50 botol jus durian belanda telah terjual.

“Semoga kebaikan daripada Noor Azman membuka ruang niaga kepada anak OKU saya, akan dibalas dengan rezeki yang tidak terhingga dan takkan saya lupakan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda