Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pertandingan Masak Pulut Kuning Zahir Rasa Cintakan Bangsa

By 13 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 13 Feb Malaysiaaktif) – Makanan tradisional Melayu, pulut kuning merupakan sajian wajib yang dihidangkan pada sesuatu majlis atau keraian.

Sempena Pesta Makanan Kelantan 2024 di Bandar Tasek Raja, di sini berlangsung pertandingan masakan dan gubahan pulut kuning yang disertai oleh peserta pelbagai lapisan umur.

Peserta Norhayati Abdul Kadir 53, berkata pulut kuning mengambarkan semangat cintakan bangsa dan perpaduan.

“Pulut kuning yang dimasak berasaskan kasih sayang, sanak-saudara dan ahli keluarga, dan kami namakan gubahan Pulut Kuning ‘Heart to Heart’ (hati ke hati),” katanya kelmarin.

Menurut Norazli Abdul Kadir, 52, beliau hanya mengeluarkan modal sebanyak RM50 sahaja untuk membuat persediaan memasak pulut kuning.

“Meski hanya menggunakan modal yang murah, amat sukar untuk menghasilkan pulut kuning yang menarik dan mampu menepati citarasa juri,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda