Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kami Kutip Sampah Ampa – Aktiviti Kesedaran Berterusan GRASS

By 25 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Mohd Ahmad Sani Ahmad Jatin

KANGAR, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Program Kami Kutip Sampah Ampa anjuran Group Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) telah diadakan di Hutan Lipur Bukit Ayer, di sini kelmarin dengan kehadiran 30 sukarelawan.

Peserta daripada pelbagai jabatan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Skuad AADK Negeri Perlis dan juga ahli jawatankuasa Komuniti Madani turut menjayakan Program Kami Kutip Sampah Ampa, bagi tujuan kerja-kerja pembersihan sampah di kawasan hutan lipur tersebut.

Penolong Pengarah AADK Negeri Perlis, Nurul Ain Mohamed Bakri, berkata program ini sebagai satu bentuk usaha sama dengan pihak lain dalam menjaga kebersihan dan dalam membanteras najis dadah.

AADK Negeri Perlis turut bersama mendekati masyarakat memberi penerangan dan penjelasan berkenaan apakah peranan masyarakat dalam membantu membanteras najis dadah ini.

“Program ini juga diharap dapat memberi kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab kepada orang ramai terutamanya golongan belia agar terhindar daripada aktiviti najis dadah ditempat tumpuan umum,” ujarnya.

Kapten GRASS negeri Perlis Zalina Dahman, berkata. pihaknya hanya memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa memupuk dan menjaga kebersihan sentiasa walau di mana berada’,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat program.

Sukarelawan GRASS ini turut, berkata aktiviti pembersihan kawasan di kawasan tumpuan pelancong di negeri Perlis seperti ini telah diadakan secara berkala.

“Usah disia-siakan pemandangan yang cantik dan menarik di kawasan ini dengan sampah yang kita biarkan”, katanya lagi.

Sebanyak 9.6 kilogram sampah yang telah berjaya dikutip oleh semua peserta yang terlibat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda