Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kaunter Bergerak JPJ Mudahkan Urusan Masyarakat Setempat

By 15 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizah Rahim (Marang)

MARANG, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pasar Marang, di sini semalam memudahkan urusan orang awam bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Antaranya adalah Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia, Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan persendirian, semakan dan pembayaran saman, pendaftaran ID Portal Orang Awam dan pemeriksaan motosikal persendirian yang LKM tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun secara percuma.

Salah seorang pelanggan Mamat Hassan, 72, dari Kampung Kijing, berkata perkhidmatan ini menjimatkan masanya dalam menyelesaikan urusan pembaharuan lesen memandu.

“Alhamdulillah, bila dapat tahu ada kaunter JPJ bergerak di pasar pagi ini, pakcik terus datang ke sini untuk sambung (memperbaharui) lesen memandu yang telah tamat tempoh,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda