Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kesihatan Harta Sangat Bernilai untuk Kelangsungan Hidup – Pemuda OKU

By 17 Februari 2024Februari 19th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Kesihatan adalah harta yang sangat bernilai untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya datang bersendirian untuk buat pemeriksaan kesihatan apabila dapat tahu daripada kawan-kawan.

“Walaupun sukar dan payah untuk datang namun pemeriksaan kesihatan penting supaya saya sentiasa sihat dan selamat,” katanya.

Pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) dari Taman Barakah Tanah Merah Muhammad Azreen Zulkifli, 22, berkata demikian ketika ditemui di Program Outreach Bersama Komuniti di Perkarangan Masid As-Syakirin, Taman lndah, di sini kelmarin.

Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah Dr. Nik Aida Nik Adib, berkata program ini diadakan bertujuan membantu masyarakat mengenal pasti penyakit dihadapi selain mencegahnya.

“Kami bersama beberapa unit kesihatan turun padang bersama komuniti bagi memberi khidmat dan nasihat kepada penduduk agar menjaga kesihatan di samping membasmi penyakit denggi,” katanya.

Seramai 700 orang hadir memeriahkan program anjuran Pejabat Kesihatan Tanah Merah, Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan Masjid As-Syakirin.

Turut hadir Pegawai Daerah dan Tanah Jajahan Tanah Merah Mohammad Yusuf Hassan dan Pengarah Hospital Tanah Merah Dr. Mohd Nasir Abdul Kadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda