Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

400 Pelajar Parlimen Pulai Dibantu Menerusi Program ‘Back To School’

By 18 Februari 2024Februari 19th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 400 pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Pulai dibantu menerusi Program ‘Back To School’ di Dewan Hassan Abdullah, Tampoi, di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat, berkata bantuan yang dihulurkan adalah daripada Yayasan Bank Rakyat bagi membantu pelajar meneruskan sesi persekolahan yang baru pada 11 Mac nanti.

“Sebagai tambahan, Yayasan Bank Rakyat telah memilih Parlimen Pulai untuk penyaluran bantuan persekolahan kepada penerima yang layak melalui pemberian baucar sebanyak RM150 bagi memudahkan urusan perbelanjaan di pasar raya terpilih di Parlimen Pulai.

“Kerajaan Perpaduan telah menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap pelajar dengan peruntukan sebanyak RM788.13 juta dan untuk negeri Johor sahaja sebanyak RM78 juta telah diagihkan sebelum cuti akhir persekolahan 2023,” katanya.

Tambahnya lagi, bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa untuk membuat persiapan anak-anak dari segi pakaian, yuran dan sebagainya.

Turut hadir Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Penghulu Mukim Pulai Zainuddin Zainal Abidin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda