
Laporan/foto: Hisham Salleh/JaPen
PUTRAJAYA, 20 Feb (MalaysiaAktif) β Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah melancarkan versi baharu Kod Etika Wartawan Malaysia, yang akan menjadi garis panduan semua agensi media, sekaligus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat yang diyakini oleh rakyat.
Menteri Komunikasi, Yang Berhormat, Fahmi Fadzil, berkata, kod etika berkenaan menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas.
βKod Etika Wartawan ini telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan serta organisasi media agar dapat mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan,β jelasnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kompleks Kementerian Komunikasi, hari ini.
Ia dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan pihak JaPen bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media.
Kod Etika Wartawan Malaysia baharu ini terdiri daripada lapan etika utama iaitu:
- Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk;
- Wartawan hendaklah telus dan berintegriti;
- Wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi;
- Pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi;
- Kesahihan dan ketetapan maklumat;
- Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber;
- Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan
- dengan ruang lingkup tugas mereka; dan
- Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran
- kewartawanan secara berterusan.
Versi lengkap Kod Etika Wartawan Malaysia boleh di akses melalui pautan dbook.penerangan.gov.my.
-HS-