Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Galeri Ulama Awliya’ Kumpul Maklumat Salasilah Keturunan Warisan Chenor

By 20 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surina Simat/FB Berkat Ilahi

MARAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Galeri Ulama Awliya Madrasah Raudhah Almuhibbin, Chenor, di sini giat mengumpulkan maklumat salasilah keturunan warisan Chenor bagi rujukan ramai.

Menurut pengasas galeri Barkatullah Mohd Bahari usaha yang dilakukan beliau ini adalah untuk mendokumentasikan salasilah dan asal usul keluarga di negeri Pahang, khususnya di Chenor.

“Saya akan kumpulkan maklumat jika ada catatan mengenai salasilah keluarga  terutamanya di Chenor ini, kita dapat banyak respons daripada orang ramai bukan sahaja dari Pahang, malahan ada dari Johor dan Melaka yang bertanyakan mengenai salasilah keluarga mereka,” katanya.

Ujar beliau lagi, selain galeri yang mengumpulkan artifak dan barangan purba, salah satu usaha adalah untuk mengumpulkan salasilah dan asal-usul keturunan di sini.

“Kita ambil inisiatif untuk mencatat salasilah dan asal usul keluarga di Chenor ini khususnya agar masyarakat boleh ambil tahu dan mengenali salasilah mereka,” ujarnya ketika ditemui Ahad lalu di reruai program Karnival Makmur Maran 2024 yang berlangsung pada 16-18 Februari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda