Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Majlis Tilawah Al-Quran Lahirkan Para Huffaz

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurulaini Mohd Kasran/Muhammad Azrul Mubarak

KULAI, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Program membudayakan al-Quran perlu dilaksanakan setiap tahun supaya ianya menjadi budaya dalam masyarakat dan melahirkan lebih ramai huffaz.

“Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran pada setiap tahun ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Johor sentiasa komited dan bersungguh-sungguh untuk memartabatkan al-Quran bersesuaian dengan dasar Kerajaan Negeri yang inginkan pembangunan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmani,” katanya.

Pegawai Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi berkata demikian di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kulai Tahun 1445H/2024M di Masjid Ar-Rahman, Taman Putri, di sini kelmarin.

Pengajuran kali ini menampilkan seramai 12 orang peserta dengan penyertaan enam orang qari dan enam orang qariah serta dihadiri seramai 300 orang pengunjung.

Ahmad Yusri dinobatkan sebagai johan qari manakala Azlinda johan qariah sekali gus membawa pulang hadiah berupa sijil penyertaan, piala, sepersalinan pakaian dan wang tunai.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai Fahmi Salam dan Kadi Daerah Kulai Amir Mohd Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda