Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Meraih Barakah di Bumi Baling

By 8 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Bagi memenuhi serta mengisi keperluan rohaniah penduduk Baling, Pejabat Daerah Baling kelmarin telah menganjurkan Program ‘Baling Bertaqwa’ bertempat di Masjid Jamek Ridzwaniah, Pekan Baling.

Program berkonsep keagamaan yang berkisar tentang dakwah melalui tausiyah yang itu disampaikan oleh beberapa tokoh agama terkenal.

Selain itu program juga diselitkan dengan beberapa aktiviti antaranya sukan berkuda, majlis khatam al-Quran, penyampaian sumbangan zakat, gerai jualan, bacaan puisi, persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani, ceramah Israk Mikraj serta solat berjemaah Asar, Maghrib dan Isyak yang dihadiri ribuan jemaah memenuhi segenap ruangan masjid.

Menurut Pegawai Daerah Baling Abdul Gafar Yahya, program bertujuan untuk memperkenalkan institusi pondok serta sekolah agama di Daerah Baling kepada masyarakat dan mendekatkan golongan belia mencintai institusi masjid agar kerohanian ummah dapat diisi selari dengan kehendak agama.

“Program ini juga memberi peluang kepada sekolah pondok dan sekolah agama untuk meraih pulangan ekonomi di mana sebanyak 23 gerai jualan dibuka untuk berniaga pada hari ini,” ujarnya.

Seorang jemaah yang ditemui, Mohd Safari Jailani, 30, berkata program ini mampu mendekatkan golongan belia serta anak kariah untuk terus berdamping dan mencintai institusi keagamaan supaya syiar Islam terus diperteguh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda