
Laporan/foto: Nur Farhana Azman/FB Fairul Nizam Roslan
JASIN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan Program Pesta Ponggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan meriah dengan kehadiran warga Asahan bertempat di Dataran Asahan, di sini semalam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Fairul Nizam Roslan, program bertujuan meraikan penduduk DUN Asahan sempena sambutan Pesta Ponggal 2024 di samping mengadakan Program Jualan Rahmah.
“Saya berkesempatan memasak masakan Ponggal yang merupakan tradisi masyarakat kaum India serta saya turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dan cenderahati kepada semua peserta di dalam pertandingan memasak Ponggal.
“Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga dengan melimpah luahnya susu lembu ini membawa kekayaan kepada masyarakat India,” ujarnya.
-ZS-