Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Terus Disemarakkan

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di Melaka akan terus disemarakkan oleh kerajaan negeri.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, kerajaan sentiasa prihatin dengan semua perayaan yang disambut oleh segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

“Selain memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina, langkah ini juga adalah bertujuan untuk memupuk semangat keharmonian di antara semua rakyatnya.

“Kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina tahun ini kepada lebih 1,000 penerima seluruh negeri ini dan diharapkan kemeriahan perayaan ini terus bersemarak kepada semua yang menyambutnya,” ujarnya di sini semalam.

Seramai 120 orang penerima terdiri daripada golongan B40 kaum Cina telah menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 peringkat DUN Tanjung Bidara yang telah disempurnakan sendiri olehnya.

Penerima bantuan Hee Soon Hock, 57, berkata program seperti ini dapat memberi keceriaan kepada semua penerima.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka dan kerajaan negeri kerana sudi memberi sumbangan kepada yang kurang berkemampuan untuk menyambut Tahun Baru Cina tahun ini,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda