Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Fun Ride Peringkat Negeri Kedah Meriah

By 24 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah (3PKMNK) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pejabat Penerangan Daerah Pendang dan beberapa agensi kerajaan dan swasta di Daerah Pendang telah menganjurkan program Fun Ride, di sini hari ini.

Program Fun Ride ini yang disertai oleh 130 orang peserta memulakan kayuhan dari Stadium Mini, Pendang dan bergerak sejauh 30 kilometer sebelum kembali semula ke Stadium Mini untuk majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah.

Menurut 3PKMNK selaku penaung Program Fun Ride, Mohd Nadzri Kamarulzaman, program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan para peserta yang terdiri daripada ahli persatuan penjaja dan juga orang ramai.

Pegawai Daerah Pendang Nasrun Datuk Mohd Sheriff dalam ucapan perasmian penutupan mengucapkan syukur kerana para peserta berjaya menamatkan kayuhan basikal dengan selamat tanpa sebarang masalah.

“Saya berharap program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang terutama bagi mempromosikan Daerah Pendang sempena Program Pelancongan Negeri Kedah 2025,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda