Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PADU: Peluang Kerajaan Salur Bantuan, Subsidi Lebih Tepat

By 24 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yakin sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibangunkan memberi peluang kepada kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih tepat.

Katanya, perkara tersebut penting kerana selama ini bantuan atau subsidi yang disalurkan kerajaan hanya berasaskan purata.

“Ini penting kerana selama ini banyak subsidi yang kita berikan dalam bentuk pukul rata.

“Akhirnya ada yang tidak sewajarnya dapat dan ada yang terlepas (tercicir), sebab mungkin maklumat tidak tahu atau tidak berhubung dengan pihak yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan merasmikan Program Khatan Perdana Masjid Amaniah, di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Mohd Yazid Sairi.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, berkata Lembaga Zakat Selangor akan berbincang untuk bekerjasama mengeluarkan golongan asnaf sepenuhnya menjelang tahun 2025.

“Bukan hanya melalui program zakat tetapi program negeri melalui bantuan dan sokongan dapat keluarkan mereka daripada kemiskinan serta masalah kehidupan yang melanda.

“Ini adalah contoh apabila kita sasarkan dengan cara yang betul, itulah yang ada dalam agama kita,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda