Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Jalinan Kasih Beri Pendedahan Penghasilan Keropok Lekor

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik Jeli dan Pasukan Inkubator Pemprosesan Produk Alkuakultur Program Jalinan Kasih (PJK) memberi pendedahan awal kepada 62 pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang mengenai cara penghasilan keropok lekor, di sini semalam.

Pengarah Politeknik Jeli Dr. Haji Mohd Daud Isa, berkata tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar berkaitan aktiviti pemprosesan ikan selepas proses tuaian ikan dan pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara pemprosesan keropok lekor.

“Kesan positif untuk jangka masa panjang, mereka dapat membantu keluarga menambah pendapatan hasil pengetahuan yang diperoleh melalui program sebegini,” katanya.

Program yang bermula pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu turut melibatkan teori dan praktikal pemprosesan keropok lekor.

Mohd Alif Aiman Azuhairi, 12, berkata dia dan rakan-rakannya gembira kerana berpeluang mempelajari ilmu baru dan berazam berkongsi pengalaman itu bersama keluarga.

-ZS-

Tinggalkan komen anda