Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penghayatan Bacaan Al-Quran Secara Berjemaah Pupuk Nilai Murni, Zahir Keharmonian dan Kebersamaan

By 22 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zamzuri Salleh/Al Aminur Rasyid Al Zukefly (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Penghayatan melalui bacaan al-Quran secara berjemaah dapat memberi gambaran kepada pemupukan nilai murni serta menzahirkan keharmonian dan menyatakan nilai-nilai kebersamaan dalam mendiami kelompok masyarakat yang pelbagai.

Menurut Penasihat Madrasah Haji Junoh, Haji Wan Mat Tahir, 60, di samping itu dapat mendidik golongan muda, kanak kanak dan ibu bapa untuk bersama memahami isi kandungan al-Quran dan mengamalkannya.

“Program yang julung kali diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silturahim sesama khariah madrasah serta penduduk di sekitarnya,” katanya di Program Khatam Al Quran Madrasah Haji Junoh, Kampung Paya Keranji, Kubang Kerian, di sini kelmarin.

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan meliputi keseluruhan kariah madarasah terlibat dalam program tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Haji Wan Mohd Zaki Wan Mansor, 55, pula berpendapat program kali ini membangkitkan nostalgia kerana sudah lama tidak diadakan.

“Penganjuran kali ini sangat meriah kerana mendapat sambutan, sokongan serta penajaan daripada pelbagai pihak sama ada syarikat atau orang perseorangan.

“Apa yang pasti program kali ini menampakkan kejayaan serta kemeriahan melalui penyertaan pelbagai peringkat umur dalam menghadapi sambutan bulan Ramadan al-Mubarak nanti,” katanya.

“Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan al-Quran serta mendidik masyarakat khusunya golongan muda untuk menghayati dan mendalami isinnya,” kata penceramah bebas selaku pengendali program, Ustaz Ahmad Fairus Saidi.

Turut hadir Pengerusi Haji Yahya Yaacub, Penaung Haji Mat Zain Junoh dan semua Ahli Jawatankuasa Madrasah Haji Junoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda