Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)
KUANTAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Kira-kira seramai 20,000 rakyat di negeri ini membanjiri Padang MBK 4 di sini kelmarin bagi sambutan Malam Karnival Rakyat Pahang sempena Keberangkatan Balik Sultan Pahang Setelah Tamat Tempoh Pemerintahan Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Seorang pengunjung Rohana Husin, 56, dari Jengka merasa teruja untuk hadir melihat baginda Tuanku Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang dengan lebih dekat.
“Saya datang bersama keluarga dan rasa teruja utk melihat Tuanku dengan lebih dekat lagi selain daripada menonton perarakan kereta berhias,” ujarnya.
Bagi Muhammad Jamil Amran, 26, ini kali pertama beliau hadir ke majlis gilang-gemilang seperti ini.
“Diharapkan program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Turut mengiringi baginda berdua Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang serta Kerabat-kerabat Baginda Tuanku.
Program menampilkan persembahan kebudayaan negeri Pahang, persembahan pancaragam, perarakan kereta berhias, persembahan artis dan persembahan bunga api.
-ZS-