Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Taman Awam Kuala Kerteh RM17 Juta Siap Dibina

By 29 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, merasmikan Projek Pembangunan Taman Awam Kuala Kerteh, di sini semalam.

Dalam ucapannya, beliau berkata KPKT sentiasa memberi fokus kepada usaha memperkasa daya huni bandar (livebility) yang menitik berat keselesaan persekitaran kehidupan.

“Justeru, pembinaan Taman Awam Kuala Kerteh ini diharap dapat dimanfaatkan dan meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat tentang tanggungjawab dalam menjaga persekitaran alam semulajadi dan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Taman Awam Kuala Kerteh terletak dua kilometer dari Bandar Baru Kerteh iaitu lokasi strategik pertemuan Muara Sungai Kerteh dan Pantai Kuala Kerteh.

Berkonsepkan Eksplorasi Visual, Taman Awam Kuala Kerteh dibangunkan sebagai pusat aktiviti eksplorasi keindahan pemandangan semulajadi dan keunikan budaya masyarakat setempat.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPKT YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Encik Mansor Mohamad serta pegawai-pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan Negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda