Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

2,000 Bekas Bubur Lambuk Diagih di Bazar Ramadan Jalan Paip

By 23 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Badarudin Shuib/Hafiz Muhd

KLANG, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor telah diadakan di Bazar Ramadan, Jalan Paip, Pekan Meru, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mariam Abdul Rashid, berkata sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan pada program berkenaan.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menyantuni rakyat di kawasan berkenaan disamping mengadakan jalinan silaturahim antara jabatan kerajaan dan orang kampung semasa goyong-royong memasak bubur lambuk,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail yang mewakili Menteri Besar Selangor telah mengagihkan bubur lambuk kepada peniaga dan pengunjung di sekitar bazar Ramadan ini.

Edaran bubur lambuk turut diagihkan kepada jabatan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pejabat Kesihatan dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda