Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#BRR Persiaran Wawasan Kekal Menu Rahmah Madani RM5

By 13 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/KPDN Perlis

KANGAR, 13 Mac (Malaysiaktif) – Menu dengan harga rahmah masih diteruskan di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di Persiaran Wawasan, di sini pada tahun ini bagi memberi peluang kepada masyarakat di luar sana yang kurang berkemampuan.

“Kepada pengguna yang mencari harga RM5 untuk mendapatkan Menu Rahmah Madani, di BRR ini terdapat seramai 32 peniaga makanan dan minuman yang turut menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan menu pada harga RM5 sahaja,” ujar Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Norazah Jaapar.

Menurut Norazah Jaapar lagi, Bazar Ramadan Rahmah Madani atau BRR ini adalah khusus bagi pengguna mencari pilihan dengan menu pada harga yang sangat rendah namun berbaloi untuk dinikmati.

“Setakat hari pertama bazar di sini, alhamdulillah seramai 32 peniaga yang mengambil bahagian di Bazar Ramadan Rahmah tersebut menjual Menu Rahmah pada hanya RM5 dan pihak KPDN mengharapkan lebih ramai peniaga lain turut sertai.

“Selain daripada itu, KPDN Perlis turut membuat serahan gegantung kepada pengusaha Menu Rahmah Madani bagi pengguna mengenalpasti gerai-gerai terlibat,” katanya semalam.

Menurut Norazah juga, pengunjung disini juga berpeluang menerima e-Wallet bernilai RM5 dan terhad kepada 200 pengunjung sahaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda