Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Jualan Rahmah Bantu Golongan B40

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

JASIN, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Orang ramai tidak melepaskan untuk hadir ke Jualan Rahmah yang diadakan di Perkarangan Masjid Al Hasanah Sungai Rambai pagi ini.

Menurut Abdul Hadi Shamsuddin, 38, jualan rahmah ini dapat membantu golongan B40 seperti saya untuk membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih menjimatkan.

“Saya berharap jualan ini dapat diadakan lebih kerap dikawasan ini kerana dapat membantu kami penduduk sungai untuk membeli barangan keperluan dengan harga yang jimat.

” Walaupun dihadkan belian, contohnya satu kampit beras untuk setiap orang, ia langkah yang baik supaya ramai dapat membeli,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda