Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peserta Fun Ride Redah Hujan Demi Menjayakan Program Semarak Ramadan

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 60 penunggang motosikal meredah hujan lebat dan menempuh perjalanan sejauh 74 kilometer bagi menjayakan program Fun Ride Semarak Ramadan Peringkat Masjid Kerajaan Daerah Segamat 2024.

Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, berkata antara matlamat program adalah menjana dan menyelaras program bersama masyarakat setempat dengan harapan agar masyarakat dapat menghayati ketibaan bulan Ramadan bulan yang penuh barakah.

“Salah satu objektif program adalah melahirkan rasa syukur dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini yang dianggap sebagai bulan yang mulia pada masyarakat Islam,” katanya ketika ditemui selepas selesai program Masjid Segamat Baru, di sini semalam.

Salah seorang peserta, Suhaizan Saadon, 40, berkata ini merupakan tahun kedua beliau menyertai aktiviti ‘fun ride’ anjuran Pejabat Kadi Daerah Segamat.

“Aktiviti seperti ini memberi pengalaman kepada umat Islam dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan,” katanya.

Turut hadir Imam Daerah Segamat Afifi Mohamed Derafar, Pegawai Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Segamat Mohd Norfendi Abdul Jabar dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat Mohd Faiz Mohamed.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda