Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Lebih 10 ribu Penerima Bantuan Menyambut Ramadan Negeri Melaka

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 10,240 penduduk telah menerima Bantuan Menyambut Ramadan bagi seluruh negeri Melaka bagi tahun ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, jumlah kutipan zakat bagi seluruh negeri Melaka pada tahun 2023 berjumlah sebanyak RM128 juta dan perkara ini membolehkan jumlah sumbangan kepada asnaf dapat ditambah.

“Terima kasih kepada semua pembayar zakat seluruh Melaka dan marilah kita sama berdoa agar ekonomi negeri ini terus berkembang dan lebih banyak zakat dapat dikutip seterusnya kesejahteraan asnaf zakat di negeri ini dapat terus dibela,” ujarnya
dalam majlis penyampaian bantuan menyambut ramadan dan bantuan kelengkapan persekolahan bagi DUN Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Salah seorang penerima yang ditemuramah semasa majlis berkenaan Zainal Rahman, 46, dari kampung Lubok Redan berkata, peningkatan jumlah sumbangan pada tahun ini amat melegakan para penerima yang akan menyambut ramadan tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada semua pembayar zakat negeri Melaka dan semoga ekonomi ummah akan terus meningkat,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda