Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Roda Pelancong “Membanjiri” Cameron Highlands

By 2 Mac 2024Mac 5th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Saziana

CAMERON HIGHLANDS, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Sebut sahaja Cameron Highlands ramai yang tahu tentang keunikannya oleh kerana faktor cuacanya yang sejuk dan pemandangan indah yang masih lagi kekal sejak dari dulu menarik perhatian pelancong ke tanah tinggi ini.

Roda-roda kenderaan pelancong mulai membanjiri tanah tinggi Cameron Highlands sejak bermulanya musim cuti persekolahan tanpa putus-putus ketika ini bagi memanfaatkan cuti bersama keluarga tercinta.

Salah seorang pengunjung Maimun Saleh, 49, berkata Cameron Highlands merupakan tempat pilihan percutian yang terbaik kerana setiap tahun beliau tidak pernah jemu untuk mengunjungi tempat ini meskipun pelbagai rintangan yang dihadapi untuk sampai ke tempat ini dengan meredah kesesakan lalulintas yang sangat teruk tetapi berbaloi.

“Saya sering datang ke sini setiap kali cuti kerana tertarik dengan keindahan alam di sini, selain datang bercuti di sini saya juga suka membeli bunga untuk dibuat koleksi di kampung,” ujarnya ketika membeli  jagung di Arked Peladang, Brinchang, semalam.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan serik untuk datang ke Daerah Cameron Highlands apabila cuti sekolah menjelang dan sanggup meredah kesesakan lalu lintas untuk mencari ketenangan.

-AA-

Tinggalkan komen anda