Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kerajaan Komited Bantu Jabatan Penjara Malaysia Jadikan Institusi Penjara Sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan

By 2 Mac 2024Mac 5th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Nicholas Balawing Ibas/Chua Shim Choon (Sarawak)
KUCHING, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited membantu Jabatan Penjara Malaysia bagi menjadikan institusi penjara sebagai Pusat Pembangunan Beradaban Budaya Kemanusiaan atau Civilized Humane Culture Development Centre (CHCDC) bagi memberikan peluang kedua kehidupan di kalangan prospek (tahanan) penjara bagi memperbaiki diri dan mengubah kehidupan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof berkata pembangunan peradaban tinggi adalah penting kerana ia tidak hanya mencerminkan kedewasaan dan kecemerlangan sesebuah negara namun ia juga turut meningkatkan imej dan reputasi negara di peringkat antarabangsa.
“Dengan menyediakan program – program pemulihan dan pembangunan diri di dalam sistem penjara, prospek diberi peluang untuk memperolehi pendidikan, latihan kemahiran, kauseling dan sokongan yang diperlukan bagi mengatasi masalah mereka dan peluang kedua kehidupan mereka kepada masyarakat di mana peranan masyarakat ditagih bagi menjayakannya,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 di Kompleks Penjara Puncak Borneo di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof telah diwakili oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tambahnya, masyarakat yang memahami dan memberikan sokongan kepada prospek dalam usaha memperbaiki diri akan membantu membentuk persepsi positif terhadap prospek dan sistem penjara secara keseluruhannya yang membantu mengurangkan stigma dan menyokong reintegrasi mereka kedalam masyarakat dengan lancar.
Katanya, pembangunan CHCDC adalah amat bertepatan dalam usaha membina peradaban tinggi menerusi agenda Malaysia MADANI tanpa meninggalkan sesiapa termasuk prospek penjara.
-AA-
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda