Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Sambutan Hari Wanita 2024 Meriah

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Wanita yang bertemakan “Wanita dijulang, Negara Gemilang” telah diadakan di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau pagi tadi.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Kalsom Noordin, tujuan Sambutan Hari wanita adalah untuk mengiktiraf dan menguar-uarkan kejayaan diperolehi oleh wanita seluruh negara tanpa mengira bangsa, agama dan etnik.

“Wanita juga mempunyai hak dan keperluan sama rata sama rasa iaitu seperti peluang sama rata sama rasa dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun peringkat pembuat keputusan hendaklah diberikan kepada kaum wanita,” ujarnya.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan gubahan bahan buang, pertandingan menwarna, reruai pameran dan kaunter perkhidmatan pelbagai angensi dan banyak lagi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda