Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Karnival Cintai Masjid, Ambang Ramadan

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

JASIN, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Karnival Cintai Masjid telah berlangsung selama empat hari di perkarangan Masjid Al Hasanah Sungai Rambai.
Program anjuran Pihak Pengurusan Masjid Al Hasanah dengan Kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, Siti Faizah Abd Azis, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sungai Rambai, karnival ini adalah merupakan julung kali diadakan di sini.

“Antara objektif program ini bagi mengajak semua masyarakat di DUN Sungai Rambai ini cinta akan masjid dan hadir ke masjid bukan sahaja menunaikan solat, malah ia juga boleh dihadiri oleh kita semua pada bila-bila masa sahaja.

“Selain dari itu Karnival ini juga dapat memupuk nilai-nilai murni serta dapat mencungkil bakat yang ada disetiap lapisan umur contohnya seperti pertandingan azan dan pertandingan nasyid,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Faizah Abd Azis menyampaikan sumbangan persediaan Ramadhan kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda